Wednesday, March 26, 2014

Apakah ini jalannya?



Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Aku juga tidaklah begitu pandai dalam pelajaran sewaktu aku melalui zaman persekolahanku. Namun Alhamdulillah Allah memberi aku ruang untuk menyambung pelajaranku hingga ke menara gading. Sehingga suatu masa, aku tertanya pada diriku...apa yang aku inginkan dalam kehidupan ini?....soalan ini seolah-olah tiada jawapan..apakah tujuan aku belajar selama ini? soal diriku lagi. Aku seolah bermonolog sendirian pada masa ini. lalu aku mula menulis satu persatu harapanku agar aku mengetahui niat aku menyambung pelajaran. Pada awalnya aku hanya mahu untuk membuat ibu bapaku gembira tetapi aku juga sedar bahawa pendidikan memberi aku peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain..sama seperti prinsip bahawa manusia yang berguna pada makhluk lain. Aku tidak mahu menafikan takdirku kerana aku Yakin inilah yang Allah rancang buat diriku..Aku tahu pilihanku untuk menjadi guru itu tepat walaupun hati aku masih ragu-ragu kerana niat utama aku selama ini lebih kepada menjadi jururawat. Namun aku mulai berfikir-fikir semula...ini semua adalah takdir yang Allah tentukan buat aku..kenapa aku bercakap begini...kerna aku bukanlah seorang yang pandai. Aku hanya seorang murid yang amat pendiam di dalam kelas, tidak aktif seperti rakan-rakanku. Mereka lebih suka menonjolkan diri dalam apa jua perkara. Namun aku lebih suka menyendiri. Aku tahu itulah sifat aku yang sebenar..semua guru-guru aku tidak percaya bahwa aku bakal menjadi seorang guru......kerana itu aku tahu bahawa aku akan lebih memahami pelajar-pelajar aku yang lebih mendiamkan diri dari menonjolkan diri...aku sentiasa sedar akan sesuatu iaitu peluang akan muncul selagi mana kita berusaha.sekiranya kita tidak berusaha maka kita tidak akan mendapatkannya.........Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa berusaha.

Insha Allah nikmat Allah itu ada di mana-mana sekiranya kita orang yang bersyukur..itu pasti

No comments:

Post a Comment