Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
sederhana. Aku juga tidaklah begitu pandai dalam pelajaran sewaktu aku melalui
zaman persekolahanku. Namun Alhamdulillah Allah memberi aku ruang untuk
menyambung pelajaranku hingga ke menara gading. Sehingga suatu masa, aku
tertanya pada diriku...apa yang aku inginkan dalam kehidupan ini?....soalan ini
seolah-olah tiada jawapan..apakah tujuan aku belajar selama ini? soal diriku
lagi. Aku seolah bermonolog sendirian pada masa ini. lalu aku mula menulis satu
persatu harapanku agar aku mengetahui niat aku menyambung pelajaran. Pada awalnya
aku hanya mahu untuk membuat ibu bapaku gembira tetapi aku juga sedar bahawa
pendidikan memberi aku peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain..sama
seperti prinsip bahawa manusia yang berguna pada makhluk lain. Aku tidak mahu
menafikan takdirku kerana aku Yakin inilah yang Allah rancang buat diriku..Aku tahu
pilihanku untuk menjadi guru itu tepat walaupun hati aku masih ragu-ragu kerana
niat utama aku selama ini lebih kepada menjadi jururawat. Namun aku mulai
berfikir-fikir semula...ini semua adalah takdir yang Allah tentukan buat
aku..kenapa aku bercakap begini...kerna aku bukanlah seorang yang pandai. Aku hanya
seorang murid yang amat pendiam di dalam kelas, tidak aktif seperti
rakan-rakanku. Mereka lebih suka menonjolkan diri dalam apa jua perkara. Namun aku
lebih suka menyendiri. Aku tahu itulah sifat aku yang sebenar..semua guru-guru
aku tidak percaya bahwa aku bakal menjadi seorang guru......kerana itu aku tahu
bahawa aku akan lebih memahami pelajar-pelajar aku yang lebih mendiamkan diri
dari menonjolkan diri...aku sentiasa sedar akan sesuatu iaitu peluang akan
muncul selagi mana kita berusaha.sekiranya kita tidak berusaha maka kita tidak
akan mendapatkannya.........Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa berusaha.
Insha
Allah nikmat Allah itu ada di mana-mana sekiranya kita orang yang
bersyukur..itu pasti